Selamat Datang

Selamat Datang

13 April 2010

Kesakitan kronik adalah satu “penyakit”.

Sakit adalah sebab yang paling utama menyebabkan orang ramai datang mendapatkan rawatan di hospital. Kajian terdahulu mendapati, hampir 60 hingga 70 peratus daripada pesakit yang datang ke kaunter kecemasan hospital berkait dengan sakit sama ada ia kesakitan akut atau kronik. Manakala kajian menunjukkan bahawa 30-40% daripada masyarakat kita mengalami kesakitan kronik. Dan 40-80% daripada pesakit kronik ini gagal untuk mendapat rawatan yang berkesan dan mereka hidup dalam sengsara dan bergantung hidup dengan orang lain. Tahukah anda bahawa peluang untuk pesakit untuk sembuh dan kembali pada kehidupan normal kini ada di Malaysia.

Definisi kesakitan ialah rasa yang tidak selesa daripada segi rangsangan deria dan emosi yang berkait dengan kecederaan tisu dan boleh juga berlaku tanpa kecederaan. Biasanya, kesakitan disebabkan kecederaan tisu nampak dengan mata kasar, contohnya patah tulang kaki akibat kemalangan yang dikategorikan sebagai kesakitan akut. Bagaimanapun , jika ia berlanjutan walaupun sudah melepasi tempoh pemulihan (lebih daripada tiga atau enam bulan) ia akan menjadi kesakitan kronik. Mekanisma penyebab kesakitan kini berbeza dan komplek. Rasa sakitnya pun berlainan jika dibandingkan dengan sakit akut. Dalam situasi tertentu, ada kes kesakitan kronik yang tidak disusuli dengan kecederaan pada pandangan mata kasar. Fizikal seseorang itu kelihatan normal tetapi sebenarnya mereka dalam keadaan amat sakit. Contohnya sakit muka yang dikenali sebagai Trigeminal neuralgia. Oleh kerana ciri-ciri kesakitan kronik ini agak pelik, kesakitan kronik sekarang ini dikategorikan sebagai “penyakit” secara ekslusif dan tidak lagi sebagai symptom semata-mata. Ini dipercayai disebabkan oleh perubahan biokimia dan morphology pada saraf pusat (neuroplasticity) yang sukar difahami yang menyebabkan fungsi saraf menjadi diluar kawalan.

Wawasan Universiti Apex

Berikut adalah wawasan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan tertinggi USM dalam menentukan hala tuju USM sebagai Universiti Apex terlaksana:

Wawasan

Transformasi pendidikan tinggi untuk kelestarian hari esok

Misi

USM merupakan universiti perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka

7 Prinsip Kejayaan universiti Apex

1.Masa Hadapan
-Menerokai masa hadapan berteraskan kepada kelestarian hari esok melalui penggemblengan pelbagai sumber dalam satu pasukan yang ingin mendaulatkan ilmu pengetahuan dan nilai intelektual untuk kesejahteraan masyarakat

2.Kelainan
-Berfikir dan bertindak secara berbeza dari orang lain atau berani melahirkan kelainan dalam pemikiran dan tindakan

3.Kelestarian
-Mahasiswa dan warga universiti perlu menghayati nilai-nilai kelestarian yang menjadi fokus universiti sekarang ini

4.Kemanusiaan
-Hubungan akrab yang terjalin antara nilai-nilai kemanusiaan dan kelangsungan hidup kita pada masa hadapan yang sebenarnya bergantung kepada apa yang kita lakukan pada masa ini, bukan sekadar tentang teknologi, tetapi memastikan manusia sentiasa menjadi keutamaan

5.Kesejagatan
-Kesejagatan yang menekankan kepada keupayaan untuk menerapkan nilai-nilai sejagat di kalangan warga USM yang tidak harus terpencil dalam apa jua tindakan yang diambil

6.Perubahan
-Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menerima perubahan yang dilakukan oleh universiti

7.Pengorbanan
Setiap perubahan harus diiringi oleh kesanggupan untuk bekorban apa sahaja bagi mencapai hasrat yang ditetapkan

07 April 2010

Kempen Bahaya Merokok

Pengenalan

• Merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian awal.

• Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru – paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung koronari, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak – kanak.

Kandungan Bahan Kimia Dalam Asap Rokok

(i) Terdapat beribu – ribu jenis bahan kimia beracun dalam asap rokok.
(ii) Berikut adalah beberapa contoh bahan yang kerap dijumpai di dalam rokok iaitu:

 Methanol – bahan api
 Nitrobenzene – gasoline
 Butane – cecair pemetik api
 Raksa – logam dalam jangkasuhu
 Ammonia - pencuci lantai
- Kandungan Bahan Kimia Dalam Asap Rokok

 Karbon monoksida – asap kereta
 Vinil klorida – bahan utama plastik
 Arsenic – racun tikus
 Cadmium – bahan utama bateri alkali
 Stearik – bahan utama bateri dalam lilin
 Sianida – racun berbisa

Tips Untuk Berhenti Merokok:

• Pelajarilah tentang bahaya merokok.
• Umumkan keputusan anda untuk berhenti merokok kepada semua orang.
• Buangkan semua barangan yang ada kaitan dengan rokok, pemetik api dan sebagainya.
• Minumlah banyak air, ini akan membantu membuang toksik dalam badan.
• Makanlah lebih banyak buah – buahan dan sayur – sayuran untuk mengurangkan ketagihan anda pada nikotin.
• Hiduplah secara aktif, kegiatan sukan akan membantu melancarkan aliran darah seluruh badan. Senaman juga boleh mengimbangkan suhu dan ketangkasan anggota tubuh badan. Bersenamlah kerana ia satu amalan yang baik.
• Elakkan tempat di mana merokok menjadi satu amalan.
• Belajarlah menolak tawaran merokok. Cuba untuk tidak merokok langsung kerana jika tidak ini akan menggugat usaha anda untuk berhenti merokok dan anda mungkin terdorong untuk merokok semula.

Tips Ujian Saringan Kanser Payudara

Ujian Saringan Kanser Payudara
Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
• Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
• Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
• Ia adalah penyebab utama kematian awal.
• 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
• 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.
Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?
Ya.
Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.
Adakah terdapat sebarang tanda amaran?
Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
• Ketulan yang tidak sakit
o Di payudara atau ketiak
• Ruam yang berterusan
o Sekeliling puting
• Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
• Perubahan pada kulit
o Bengkak dan menebal
o Berlubang
o Permukaan kulit yang berkedut
• Puting tertarik ke dalam
Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.
• Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
• Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.
Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?
PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.
Ia merangkumi 5 langkah


Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.

Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.

Langkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.

Langkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.

Langkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.
Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?
• PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
• Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.
Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?
Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda.
Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.
Contohnya : 'Fibroadenoma'.
Fibroadenoma :
Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.

Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?
Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :
Ujian darah
Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
Core needle biopsy
Ultrasound
Mammography

Apakah itu 'FNAB'?
Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.


Apakah itu 'Mammogram'?
'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.


Apakah itu 'Core Needle Biopsy' ?

Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.

Perlukah saya berjumpa doktor jika saya tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?
Ya, kami menggalakkan wanita yang berumur 30 tahun keatas untuk membuat ujian pemeriksaan payudara di klinik (Clinikal Breast Examination-CBE) yang dibuat oleh anggota kesihatan setiap tahun.

Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?

Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk memeriksa payudara anda.

Apakah rawatan kanser payudara yang disediakan?

Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan kanser.
Sekiranya anda di diagnosakan mengidap kanser payudara, anda perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.
Kajian menunjukkan bahawa jika kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan diberi, ia akan membantu pemulihan dari segi fizikal dan emosi.
Berikut adalah pilihan rawatan:
Pembedahan
pembedahan tanpa membuang payudara (Breast Conservation Surgery)
pembuangan payudara (Mastectomy)
pembentukan semula payudara (Breast Reconstruction)
Radiotherapy
Chemotherapy
Hormone therapy

Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
Mulakan PSP hari ini.
Buat PSP secara berkala
Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
Lakukan senaman yang mencukupi
Kekalkan berat badan yang unggul.
Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.

Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?
Kanser payudara biasa berlaku dikalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5% berlaku dikalangan lelaki. Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara :
Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;
Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;
Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser payudara;
Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;
Mula haid awal atau putus haid lewat;
Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');
Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');
Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)
Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.

Dimanakah saya boleh mendapatkan sokongan atau bantuan?
Jangan risau. Anda tidak bersendirian. Terdapat ramai individu atau kumpulan sokongan yang sedia membantu anda. Anda boleh berhubung dengan pertubuhan berikut :
MAKNA
AWAM
WAO
Hospis
Soalan Lazim
Apakah yang perlu saya lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?
Jangan risau. Sekiranya anda sudah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihat dan teruskan bersenam.
Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan menghidap kanser payudara, anda boleh meminta untuk menjalani ujian 'mammogram'. Walau bagaimanapun, keputusan laporan adalah lebih tepat jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Bolehkah saya mendapatkan terapi tambahan atau tambahan rawatan lain untuk kanser payudara?
Ubat tambahan atau pilihan rawatan lain digunakan dengan meluas di seluruh dunia oleh pesakit kanser payudara.
Kajian menunjukkan bahawa 1/3 pesakit kanser payudara menggunakan terapi berikut.
Terapi ubat tambahan berguna dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup
Walau bagaimanapun pilihan rawatan lain boleh mengganggu sistem tubuh badan atau secara tidak langsung menyebabkan masalah yang lebih serius.
Di sini adalah contoh yang biasa digunakan dalam amalan terapi tambahan.
Urutan
Cara relaxasi
Apakah itu ujian baka kanser payudara?

Ujian baka adalah ujian darah untuk menentukan sekiranya anda mempunyai baka kanser payudara .
Sebelum anda menjalani ujian tersebut, anda perlu :
Hadir sesi kaunseling 'genetik' yang intensif.;
Menandatangani borang persetujuan untuk setiap ujian 'genetik';
Melakarkan carta salasilah keluarga
Kebanyakan kes kanser payudara tidak berkaitan dengan baka kanser payudara. Para saintis masih belum dapat mengenalpasti kesemua baka yang menyebabkan penyakit ini. Oleh itu doktor hanya akan membuat ujian baka yang berkaitan sahaja kepada anda.
Terdapat 2 baka yang berkaitan dengan kejadian kanser payudara.
BRCA1
BRCA2
Untuk kebanyakan orang, adalah mustahak untuk mengetahui keputusan ujian mereka kerana maklumat ini membantu mereka menentukan kesihatan masa depan mereka sekeluarga.
Di Malaysia, ujian ini terdapat di beberapa Institusi dan Universiti sahaja.

Rujukan
Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
Ministry of Health, 2002. Annual Report
Ministry of health, 2002. Clinical Practice Guidelines - Management of breast cancer

(Di muat turun daripada : www.kkm.gov.my)

USM PENERAJU IDENTITI UNIVERSITI APEX MALAYSIA

Menjadi peneraju kelestarian antara sasaran pelan transformasi Universiti Sains Malaysia (USM) dalam usaha membina identiti Universiti Apex Malaysia. Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata pelbagai ciri pelestarian, antaranya selari dengan peraturan, peundangan, mesra, murah dan mudah akan diterap sebagai budaya universiti itu bukan saja dari segi pengurusan alam sekitar, malah merangkumi minda, sosial serta pengajaran dan pembelajaran.

Katanya, penonjolan itu sejajar “Strategi Blue Ocean” yang mencadangkan strategi, undang-undang dan pelaksanaan dalam usaha mencapai status universiti terulung tanpa menetapkan institusi pengajian tinggi (IPT) tertentu sebagai penanda aras. “ dalam sektor pengajian tinggi, kita disaran meniru amalan baik universiti ternama, tetapi USM tidak akan mengikut kelaziman itu bagi membolehkan Malaysia mempunyai Universiti Apex sulung dengan identiti tersendiri.

“Massachusetts Institute of Technology antara IPT mengguna pakai ‘strategi Blue Ocean’ untuk memacu statusnya menjadi universiti global dengan memfokuskan usaha memenuhi permintaan mendadak tenaga mahir sektor perindustrian walaupun pada asalnya mereka disaran mengikut amalan Universiti Harvard,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Transformasi Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Masa Depan: Perkembangan Universiti Apex Malaysia’ sempena persidangan Tahunan Pengajian Tinggi 2009 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dzulkifli berkata, pelaksanaan pelan tranformasi USM menuntut kerjasama menyeluruh warga universiti itu dengan fokus prestasi didahulukan. Katanya, selain kakitangan terutama tenaga pengajar yang mementingkan pembudayaan ilmu berbanding ganjaran, pelajar USM juga perlu melakukan transformasi bagi membolehkan mereka menyumbang kepada dimensi baru masa depan universiti.

“Berkhidmat dalam bidang pendidikan menuntut pengorbanan tinggi di kalangan tenaga pengajar, justeru, bagi pensyarah yang mementingkan ganjaran lumayan, mungkin USM bukan tempat sesuai bagi mereka berkhidmat. “ Pengambilan pelajar baru tahun ini bukan saja mempunyai kelayakan akademik yang tinggi malah keperibadian unggul dimiliki diharap dapat memacu pelaksanaan pelan bagi mencapai kedudukan 50 universiti terbaik dunia menjelang 2020,” katanya.