Selamat Datang

Selamat Datang

13 April 2010

Kesakitan kronik adalah satu “penyakit”.

Sakit adalah sebab yang paling utama menyebabkan orang ramai datang mendapatkan rawatan di hospital. Kajian terdahulu mendapati, hampir 60 hingga 70 peratus daripada pesakit yang datang ke kaunter kecemasan hospital berkait dengan sakit sama ada ia kesakitan akut atau kronik. Manakala kajian menunjukkan bahawa 30-40% daripada masyarakat kita mengalami kesakitan kronik. Dan 40-80% daripada pesakit kronik ini gagal untuk mendapat rawatan yang berkesan dan mereka hidup dalam sengsara dan bergantung hidup dengan orang lain. Tahukah anda bahawa peluang untuk pesakit untuk sembuh dan kembali pada kehidupan normal kini ada di Malaysia.

Definisi kesakitan ialah rasa yang tidak selesa daripada segi rangsangan deria dan emosi yang berkait dengan kecederaan tisu dan boleh juga berlaku tanpa kecederaan. Biasanya, kesakitan disebabkan kecederaan tisu nampak dengan mata kasar, contohnya patah tulang kaki akibat kemalangan yang dikategorikan sebagai kesakitan akut. Bagaimanapun , jika ia berlanjutan walaupun sudah melepasi tempoh pemulihan (lebih daripada tiga atau enam bulan) ia akan menjadi kesakitan kronik. Mekanisma penyebab kesakitan kini berbeza dan komplek. Rasa sakitnya pun berlainan jika dibandingkan dengan sakit akut. Dalam situasi tertentu, ada kes kesakitan kronik yang tidak disusuli dengan kecederaan pada pandangan mata kasar. Fizikal seseorang itu kelihatan normal tetapi sebenarnya mereka dalam keadaan amat sakit. Contohnya sakit muka yang dikenali sebagai Trigeminal neuralgia. Oleh kerana ciri-ciri kesakitan kronik ini agak pelik, kesakitan kronik sekarang ini dikategorikan sebagai “penyakit” secara ekslusif dan tidak lagi sebagai symptom semata-mata. Ini dipercayai disebabkan oleh perubahan biokimia dan morphology pada saraf pusat (neuroplasticity) yang sukar difahami yang menyebabkan fungsi saraf menjadi diluar kawalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan