Selamat Datang

Selamat Datang

13 April 2010

Wawasan Universiti Apex

Berikut adalah wawasan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan tertinggi USM dalam menentukan hala tuju USM sebagai Universiti Apex terlaksana:

Wawasan

Transformasi pendidikan tinggi untuk kelestarian hari esok

Misi

USM merupakan universiti perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka

7 Prinsip Kejayaan universiti Apex

1.Masa Hadapan
-Menerokai masa hadapan berteraskan kepada kelestarian hari esok melalui penggemblengan pelbagai sumber dalam satu pasukan yang ingin mendaulatkan ilmu pengetahuan dan nilai intelektual untuk kesejahteraan masyarakat

2.Kelainan
-Berfikir dan bertindak secara berbeza dari orang lain atau berani melahirkan kelainan dalam pemikiran dan tindakan

3.Kelestarian
-Mahasiswa dan warga universiti perlu menghayati nilai-nilai kelestarian yang menjadi fokus universiti sekarang ini

4.Kemanusiaan
-Hubungan akrab yang terjalin antara nilai-nilai kemanusiaan dan kelangsungan hidup kita pada masa hadapan yang sebenarnya bergantung kepada apa yang kita lakukan pada masa ini, bukan sekadar tentang teknologi, tetapi memastikan manusia sentiasa menjadi keutamaan

5.Kesejagatan
-Kesejagatan yang menekankan kepada keupayaan untuk menerapkan nilai-nilai sejagat di kalangan warga USM yang tidak harus terpencil dalam apa jua tindakan yang diambil

6.Perubahan
-Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menerima perubahan yang dilakukan oleh universiti

7.Pengorbanan
Setiap perubahan harus diiringi oleh kesanggupan untuk bekorban apa sahaja bagi mencapai hasrat yang ditetapkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan